Tentukan bajet kemampuan
Kira pendapatan, komitmen bulanan dan pastikan ansuran rumah tidak membebankan kewangan.
Semak kelayakan pinjaman
Periksa skor CCRIS/CTOS dan dapatkan anggaran kelayakan pinjaman daripada bank.
Pilih lokasi dan jenis rumah
Utamakan lokasi strategik, kemudahan sekitar dan jenis rumah yang sesuai dengan keperluan.
Sediakan wang pendahuluan & kos lain
Biasanya 10% harga rumah serta kos guaman, duti setem dan yuran berkaitan.
Buat tawaran & tempah rumah
Setelah bersetuju harga, bayar yuran tempahan dan tandatangani dokumen berkaitan.
Mohon pinjaman perumahan
Hantar permohonan pinjaman kepada bank dan tunggu kelulusan.
Tandatangan perjanjian jual beli (S&P)
Dokumen ini mengesahkan urusan pembelian rumah secara rasmi.
Serahan kunci & mula urus rumah
Selepas bayaran selesai, rumah diserahkan dan anda boleh mula berpindah.


